
"Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib pada 14hb Syaaban.
wallahualam.

